Wednesday, April 24, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL PULAU PHEASANT?


Gambar Pulau Pheasant hasil carian Google.

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah pulau ditadbir oleh dua negara secara bergilir setiap 6 bulan. Pulau yang terletak di antara negara Perancis dan Sepanyol itu bernama Pheasant Island. Ia berada di atas Sungai Bidasoa. Walau bagaimana pun pulau seluas 6,820m² itu tidak berpenghuni.


Sunday, April 21, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL HARGA MINYAK TERMURAH DAN TERMAHAL DI DUNIA

Tahukah anda bahawa harga petrol yang termurah di dunia adalah di negara Iran. Ia dijual pada harga 0.029 seliter. Sebagai perbandingan harga petrol di Malaysia adalah 0.432 seliter. Malaysia termasuk antara 10 negara yang harga petrolnya termurah di dunia. Manakala harga petrol di Hong Kong pula adalah termahal di dunia iaitu 3.185 seliter.


Wednesday, April 17, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL PENDUDUK TOKYO ?



Tahukah anda bahawa bandar yang pempunyai penduduk paling ramai di dunia adalah metropolitan Tokyo, Jepun dengan anggaran penduduk seramai lebih 37 juta orang. Sebagai perbandingan, jumlah seluruh rakyat negara Malaysia pun tidak seramai jumlah penduduk Tokyo.